Wednesday, 5 October 2011

Raja Lawak Sabah kena tahan positif dadah



TUARAN: Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan ini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.



Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.

Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.


P/s: adeh, sapa la raja lawak yg msuk berita ini..x menang raja lawak, menang la ko jd raja lalok..

Udah start dh pencarian bakat bru d sabah.
PENCARIAN RAJA LAWAK MUSIM KE-6
BERTEMPAT DI 1B, 15-16 OKT 2011

Kaunter pendaftaran bagi setiap ujibakat dibuka dari jam 10.00 pg hingga 3.00 petang dan para peserta di galakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.
Apa tunggu lagi?. Hadir ke lokasi yang telah di nyatakan untuk menyertai Raja Lawak Musim ke-6!. Anda mungkin juara baru yang kami nantikan!

No comments:

Post a Comment