Tuesday, 11 October 2011

Perginya Datuk Ahmad Jais.



KUALA LUMPUR: Penyanyi veteran Datuk Mohd Jais Ahmad atau lebih dikenali sebagai Ahmad Jais meninggal dunia di Pusat Perubatan DEMC, jam 9.20 pagi ini dipercayai akibat masalah paru-paru.

Allahyarham Ahmad Jais berusia 75 tahun.
Semasa muda beliau
Menantunya, Amirul Izwan Razak, 28, berkata jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negeri Shah Alam sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam, hari ini.
Penyanyi yang popular dengan lagu "Selamat Hari Raya" dan "Budi Setahun Segunung Intan" yang dinyanyikan bersama Kartina Dahari itu dimasukkan ke pusat perubatan itu sejak dua minggu lalu kerana kesukaran bernafas.

Allahyarham Ahmad Jais meninggalkan lima orang anak dan isterinya Mas Halilah Mas Nayeem telah meninggal dunia pada 22 Jun 2009.

Penyanyi yang mula berkecimpung dalam bidang muzik sekitar era 60-an mengadu penat selepas pulang daripada membuat persembahan di Batu Pahat, Johor, pada 8 September lalu, tetapi sakitnya mula serius pada malam 20 September lalu sehingga terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan di Hospital Pakar KPJ Selangor, Seksyen 20 di sini. 

Allahyarham kemudian dipindahkan ke DEMC untuk rawatan lanjut. 
Persembahan terakhir Allahyarham ialah pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri peringkat kebangsaan di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada 11 September lalu yang turut dihadiri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. - BERNAMA


p/s: Mula kenali Datuk ahmad jais dlm cita Man Laksa. Penuh klasik lagu dr zaman 60-an ini. Salam takziah kepada keluarga allahyarham. Semoga roh beliau di tempatkan di kalangan org2 beriman.. Amin



Wednesday, 5 October 2011

Raja Lawak Sabah kena tahan positif dadah



TUARAN: Seorang pelawak berkumpulan yang pernah menjuarai program Raja Lawak ditahan polis kerana disyaki terbabit dalam penyalahgunaan dadah selepas ditemui ‘merayau tanpa tujuan’ di pekan ini, kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, artis berusia lingkungan 20-an terbabit dilihat berjalan seorang diri di kaki lima bangunan dalam keadaan mencurigakan, menyebabkan dia ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tuaran.



Difahamkan, selepas ditahan pelawak itu dibawa ke IPD Tuaran untuk siasatan lanjut dan sumber mengesahkan ujian air kencing terhadap artis yang masih aktif berlawak itu didapati positif mengambil dadah.

Berikutan itu, artis terbabit yang masih bujang ditahan reman selama empat hari di IPD Tuaran bagi membantu siasatan. Sabit kesalahan, dia boleh dihadapkan ke mahkamah mengikut Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tuaran, Deputi Superintendan Zaharudin Rasip, ketika dihubungi enggan memberi sebarang ulasan kerana masih belum menerima laporan daripada pihak bawahannya.


P/s: adeh, sapa la raja lawak yg msuk berita ini..x menang raja lawak, menang la ko jd raja lalok..

Udah start dh pencarian bakat bru d sabah.
PENCARIAN RAJA LAWAK MUSIM KE-6
BERTEMPAT DI 1B, 15-16 OKT 2011

Kaunter pendaftaran bagi setiap ujibakat dibuka dari jam 10.00 pg hingga 3.00 petang dan para peserta di galakkan untuk hadir awal bagi mengelakkan kesesakan.
Apa tunggu lagi?. Hadir ke lokasi yang telah di nyatakan untuk menyertai Raja Lawak Musim ke-6!. Anda mungkin juara baru yang kami nantikan!

Sunday, 2 October 2011

IT Fair!



Cam besa, ujung minggu di isi ngan lepaking. X kisah la nak wat apa pun. Aish.. 


So, the main even of this weekend ialah go to IT Fair!! Kat 1B jer. Cam besa bro, tempat pun x berubah, tmpt yg sama jer. Kat parking keta gak dorg wat event tu. Pergh, punya rmai org. Restoran mkn full house!. Merata org bwa brg2 computer hasil pembelian kat sana. Confrm dak UMS rmai gak. Teringat zaman blaja dulu, event cm ni yg kami smua tggu2. Coz time ni la byk brg ko bleh beli. Pendrive, external hdd, n awl sem laptop. Untung bebenor la sapa wat fair ni. Target dak IPT.Hmm. Duit pkai duit PTPTN, x pun FAMA (Father and Mather)..hahaha.. 


IT Fair!!.. Yeah!!!
Aku usha2,yg berkenan di hati cuma beli joystick.Nak men punya psal la ni. Argh! Aku kemaruk men game PES @ FIFA @ Winning Eleven. Tu sbb beli joystick. Tp yg sedihnya, gem tu smua xde lg kat laptop aku. Jd,nak men apa la?. Aish. Bah, sapa2 yg ada gem tu, pnjam la bah cd, aku men install. Jap jak ni.. Huhuhu..Cr lg d psaran, xjumpa yg berkenan. Adeh.

Cari2 kat web, jumpa lak blog bez. Psal PES 2010. Rupanya ada team Malaysia!!.. Wakaka.. Kelakar giler. Ni link. Korg check la. Pening aku nak baca .


http://malaysia-pes.blogspot.com/2009/12/pes-2010-patch-10-malaysian-team_15.html


Game terbek!!


Abis jln2 kat 1B, kitorg p jogging lak. Jaga stamina beb! Berat bdn dh nek dah. Ko nak gemuk sblum kwin?. X nak la eden. Abg mu ni nak maintain slim. Wakaka. Dpat kah?. Tgh try la. Nak back to the game. Bersukan. Lama btol dh tgglkan zaman tu. Insyalah boleh. 


Tu jer! Salam!

P/s: Malas lak nak update blog. Coz tgh online dlm keadaan x mandi lg pas jogging. X selesa sgt. Fokus lari. Hahahaa. Nyamuk kenyang jer isap. Amek ko!!